User:SMK SERI MAHKOTA
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota telah dibuka pada tahun 1973 dan diasaskan oleh Encik Abdul Aziz bin Tapa (Y.B. Dato’) – DSKJ, AMN, PJK. Pada masa itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Umbai.
Ketika sekolah ini dibuka terdapat dua bangunan sahaja (Blok A dan Blok B) yang menempatkan sebuah pejabat, 12 buah bilik darjah, 3 makmal sains dan sebuah bilik guru. Selain daripada itu terdapat juga 3 buah bengkel Seni Perusahaan, sebuah bilik Sains Rumahtangga dan sebuah kantin. Jumlah guru pada masa itu ialah seramai 10 orang dengan jumlah muridnya 226 orang.
Pada tahun 1976, Sekolah Menengah Umbai telah ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota. Nama ini dicadangkan oleh Tn Hj Mohammad bin Hj Md Tain iaitu Guru Penolong Kanan pada masa itu. Pertukaran nama ini dilakukan sebagai reaksi ekoran daripada rungutan penduduk di sekitar Kampung Umbai dan Kampung Pulai yang mendakwa sekolah ini terletak di kawasan masing-masing. Lokasi sekolah ini sebenarnya terletak di sempadan Kampung Umbai dan Kampung Pulai. Nama ‘Seri Mahkota’ dipilih sebagai melambangkan darjah ketinggian ilmu pengetahuan yang diharapkan akan sentiasa berkembang di sekolah ini serta kecemerlangan dalam semua bidang.
Pada masa ini semua 1124 orang murid, 112 orang guru dan 30 orang kakitangan sangat beruntung kerana dapat menikmati suasana persekolahan yang indah, lengkap dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa gangguan kebisingan lalu lintas. Kemudahan yang disediakan adalah seperti : 47 buah bilik darjah, 2 buah kelas kabin, 9 buah makmal sains, 2 buah makmal komputer, 1 bilik akses, 5 buah bengkel KH, 1 bengkel MPED, 1 bengkel Lanskap Nurseri, 1 bilik lukisan, 1 bilik bimbingan dan kaunseling, 1 Bilik Mesyuarat, sebuah Pusat Sumber Sekolah, 3 bilik ERT, pejabat dan 4 bilik guru, 1 dewan, 1 padang, 1 bilik gimnasium (Sekolah Sukan Sambilan), 2 buah astaka dan sebuah Klinik Pergigian.
Senarai pengetua
- En.Aziz B Tapa - Jan. 1973 hingga Mac 1974
- En.Yusof B Ali - 1.5.1974 hingga 31.7.1974
- En.salleh B Md.Ali - 1.9.1974 hingga 30.12.1977
- En.Aziz B Zubir - 1.12.1977 hingga 15.3.1978
- En.Ramli B Mohamad - 15.3.1978 hingga 1.12.1978
- En.Sairi B Hj.Tahir - 1.1.1980 hingga 31.7.1987
- Pn.Hjh.faridah Bt Bujang - 1.8.1987 hingga 1.12.1987
- Tn.Hj.Muhammad Maarof - 1.1.1988 hingga 31.12.1988
- Tn.Hj.Janudin B.Jaafar - 1.1.1989 hingga 31.7.1990
- Tn.Hj.Ismail B Bachik - 1.8.1990 hingga 31.8.1997
- Pn.zakiah Bt Osman - 1.9.1997 hingga 17.9.1999
- Tn.Hj.Mazlan B. Md.Amin - 1.10.1999 hingga 15.12.2001
- En.Mohamad Yamin Bin Hj.Baba – 16.12.2001 hingga 1.12.2001
- Hjh.Maimun Suboh – 1.12.2003 hingga 31.5.2007
- Tn.Hj Isa Saleh – 1.6.2007 hingga 31.12.2008
- Hjh.Bibah bt A.Rahman – 1.1.2009 hingga 4.7.2011
- Hjh.Zariyah bt Daud – 1.8.2012 hingga 2.1.2015
- E.Madzlan – 28/2/2017
- Tuan.Hj.Zainudin bin Koming – 1.3.2017 hingga Sekarang.
VISI SEKOLAH
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI SEKOLAH
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Tafsiran Logo Sekolah
-
LOGO SEKOLAH
Bentuk lencana di atas adalah berdasarkan kepada bentuk Gasing Labu iaitu sejenis permainan tradisonal Melayu. Ia menggambarkan dunia yang sentiasa berpusing, berputar dan berubah dari masa ke semasa. Namun ia tetap tidak lari dari paksinya sebagai suatu pegangan dan kehidupan serta dihiasi pula dengan awan suluran. Warna hijau gelap dan hijau muda melambangkan kesuburan fizikal dan mental. Warna kuning melambangkan kesetiaan kepada raja dan negara. Buku merupakan simbol kepentingan ilmu dunia dan akhirat. Roda melambangkan kepentingan teknologi. Bintang melambangkan kemajuan sains. Tiga Bintang melambangkan kepentingan sukan.
Kesemua simbol yang terdapat dalam lencana di atas menggambarkan hasrat dan cita-cita murni SMKSM untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang serta pelajar-pelajar yang mampu menghadapi cabaran dan mengisi wawasan diri, keluarga dan negara.
Lagu Sekolah
Maju jaya lambang cita kami
Kata pendorong sakti
Menghadapi cabaran dunia
Satu tekad ke muka
Perintah agama ditaati
Hormat tertib berbudi
Berbakti untuk pertiwi
Menjadi prinsip kami
Harapan ayah dan bonda
Tidakkan dipersia
Doa dan restunya dipinta
Teman ke medan jaya
Sujud diri pada yang Esa
Mohon limpah kurnia
Semangat waja dan berwibawa
Majulah Seri Mahkota
Program Sepanjang Tahun
Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan 1 - 30.12.2016 Kempen Ponteng Sifar - 3.1.2017 Majlis Persaraan : Cikgu Mohamad Saleh Lempang