Jump to content

User:Mohdhasnan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sekolah Kebangsaan Kiaramas

Sebuah sekolah berkembar dengan SMK Kiaramas.

Berada berhampiran kawasan emas. Seperti, Publica, Solaris Mont Kiara, Istana Negara, Hartamas, Menara Matrade.

Kedudukan sekolah ini juga amat strategik terutama bagi yang tinggal di Perumahan Kerajaan Jalan Duta dan sekitar Segambut.

Sekolah ini mempunyai lebih dari 70 orang staf terdiri daripada Guru Besar, barisan penolong kanan, guru-guru serta kerani-kerani. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai lebih dari 900 orang murid yang terdiri dari pelbagai latar belakang, kaum, bangsa dan agama.

SK Kiaramas adalah sebuah sekolah rintis dalam pelbagai program dijalankan dan dilaksanakan JPNKL. Salah satu program utama yang menjadi rintis ialah i-Think. Ia adalah sebuah program utama KPM dan SK Kiaramas telah dipilih sebagai sekolah rintis program ini.

Sekolah ini amat mudah untuk di akses kerana ia amat hampir dengan beberapa lebuh raya dan jalan raya menghala ke bandaraya Kuala Lumpur, antaranya NKVE, DUKE dan Jalan Kuching.

Sekolah yang berusia 12 tahun ini telah di buka pada tahun 2004, dan sehingga kini ia semakin menempa nama di peringkat negeri tidak kira kecermelangan dalam kurikulum mahupun kokurikulum.