User:Mizmie/sandbox
Ministry overview | |
---|---|
Jurisdiction | Malaysia |
Headquarters | Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 13, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya, 62590 PUTRAJAYA. , Malaysia |
Minister responsible |
|
Deputy Minister responsible |
|
Ministry executive |
|
Child agencies |
|
Website | www |
TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)
[edit]Tabung Bantuan Perubatan (TBP) sejak tabung itu diwujudkan pada 2005. TBP diwujudkan bagi membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, peralatan perubatan, peralatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak disediakan di hospital kerajaan kepada pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan[1].
GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN DI BAWAH TABUNG BANTUAN PERUBATAN (TBP)[2]
1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Pesakit miskin / kurang mampu yang disokong oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pesakit yang dirujuk oleh Hospital Kerajaan.
- Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. JENIS-JENIS BANTUAN YANG DIPERTIMBANGKAN
- Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan yang kemudahan tersebut tidak terdapat di Hospital Kerajaan;
- Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian ubat-ubatan yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tetapi telah berdaftar dengan Biro Farmasutikal Kebangsaan; dan
- Membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos pembelian peralatan perubatan serta peralatan untuk tujuan rehabilitasi dan meningkatkan kefungsian yang tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
3. JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
- Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;
- Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);
- Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;
- Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan
- Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.
PESAKIT YANG TIDAK LAYAK
[edit]Kakitangan kerajaan atau pesara kerajaan atau anggota keluarga kakitangan Kerajaan yang mendapat faedah perubatan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001, Perlaksanaan Kemudahan Perubatan (JPA).
JENIS-JENIS BANTUAN YANG TIDAK DIPERTIMBANGKAN
[edit]- Pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostic;
- Rawatan bagi masalah kemandulan (infertility);
- Kaedah rawatan yang baru dan belum terbukti keberkesanannya;
- Rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan atau mengembalikan kefungsian akan dipertimbangkan tetapi bantuan untuk pembedahan estetik tidak dipertimbangkan; dan
- Rawatan berterusan yang mana sebahagian dari kos rawatan sedang dibiayai oleh badan-badan lain.
PROSEDUR UNTUK MEMOHON
[edit]- Pesakit boleh mendapatkan borang permohonan daripada:
- Urusetia Tabung Bantuan Perubatan (TBP) di alamat seperti berikut:
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Bahagian Kewangan,
Aras 7, Blok E7, Parcel 7,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62518 Putrajaya.
Tel : 03-8883 3100 / 3105
Fax : 03-8883 4389 / 4364
- Borang permohonan ini juga boleh didapati daripada mana-mana Hospital Kerajaan (Unit Kerja Sosial Perubatan / Unit Kebajikan Perubatan) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Pemohon hanya perlu mengisi borang A, manakala borang B akan diisi oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan daripada Hospital-hospital Kerajaan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Borang yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan di Hospital-hospital Kerajaan atau terus ke alamat di atas.
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dikemukakan terus kepada pihak urusetia TBP di alamat di atas ataupun menghubungi Tel: 03-8883 3100/ 3105.
Bersama-sama menjaga kesihatan kita.
- ^ http://www.sinarharian.com.my/nasional/lebih-20-000-pesakit-kronik-dapat-manfaat-tabung-bantuan-perubatan-1.95237, Tabung Bantuan Perubatan.
- ^ http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/8491-tabung-bantuan-perubatan-tbp.html, Garis Panduan Pemberian Bantuan.