Jump to content

Draft:Namaku Yassin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Namaku Yassin adalah telemovie berbahasa Melayu yang diterbitkan pada tahun 1996 arahan Allahyarham Mamat Khalid dan pernah ditayangkan di TV3.

Telemovie ini kemudian diulang tayang pada cuti sekolah tahun 2003 dan mendapat sambutan peminat generasi baru kerana terhibur dengan gelagat Yassin, pemuda asal Indonesia yang berhijrah ke Malaysia sebagai buruh tapak binaan.

Plot

[edit]

Sudri Ariyanto bin Jono Sudirman Lambet alias Yanto adalah pemuda berkelulusan ijazah kejuruteraan bangunan (awam/seni bina) dari universitas di Indonesia. Namun gagal mendapatkan pekerjaan sesuai dengan kelayakannya. Makanya dia menyara hidup sebagai penjaja jagung bakar.

Pada satu hari, dia bertemu dengan teman sekampungnya, Budi yang begitu bergaya setelah berhijrah ke Malaysia untuk bekerja.

Atas nasihat Budi, Yanto mula mengadopsi nama Yassin. Dia yang terinspirasi dari teman lamanya itu berazam ke Malaysia dengan menaiki bot nelayan dan berenang ke perairan Malaysia.

Di Malaysia, dia bersahabat dengan Mahmud, warga tempatan yang juga bekerja di tempat sama. Yassin juga bekerja bersama teman sekampung, Sanusi dan Sidek, yang dikenali sewaktu menaiki bot.

Sehelai sepinggang dia bekerja di tapak pembinaan dan pada satu hari anak pemilik syarikat berkunjung ke tapan binaan. Malangnya, papan acuan simen terjatuh dan dia sempat menahannya dari menimpa.

Berkat kerajinannya, dia dinaikkan pangkat dan berpindah ke kediaman lebih selesa bersama Mahmud. Suatu malam Liza berkunjung ke rumahnya dan menyatakan dia menyukai Yassin.

Yassin akhirnya tersedar dari mimpi. Menghampiri perairan Malaysia, dia bersama yang lain dicegat pihak berkuasa.

Pelakon

[edit]
  • Harun Salim Bachik - Sudri Ariyanto aka Yanto/Yassin.
  • Nonis Wara - Liza
  • Shamsul Ghau Ghau - Mahmud, pemuda berasal dari Sik,Kedah.
  • Dewa Sapri - Budi, teman sekampung Yassin.
  • Latiff Ismail - Sidek bin Sulaiman
  • Iskandar Kamarudin - pendatang

Trivia

[edit]
  • Sewaktu tayar kereta sorongnya tercabut, Yassin menyebutnya tayar. Terma 'tayar' dalam bahasa Indonesia sebenarnya adalah 'ban' menyerap kata Belanda, 'bahn'.
  • Dewa Sapri dikreditkan sebagai Sapri Ibrahim di dalam telemovie ini.
  • Meskipun berlatar tempat Indonesia, tetapi lokasi penggambaran bertempat di Ipoh,Perak. Hanya lokasi tapak pembinaan di Klang,Selangor.